Gi website www.impiana.my...then mata terus tertarik pulak dengan idea rak bakul ini.
huhu...sape yg bole bertukang & buat cenggini.. or ade ke jual rak cenggini (nampak x pemalas ..!)
Ekceli .. memang kreatif untuk mengelak dr baju bersepah dan bakul sana sini. plus rak ini ada roda yang boleh di sorong sana sini.
Sebenarnya rak bakul ini mampu berfungsi lebih daripada rak pakaian kotor.
Rak ni bole gak dijadikan penyimpanan permainan anak-anak, untuk simpan alatan
dapur dll.
Ni antara langkah-langkahnya ye (copy dr Impian terus okeh..heee) :p
1. Pertama sekali sudah tentu anda kena sediakan frame ataupun bingkai rak. Menggunakan papan playwood anda boleh jadikan rak seperti berikut. Namun jangan lupa sebelum anda sambungkan playwood ini pastikan anda buat tempat untuk meletakkan bakul seperti yang di tunjukkan dalam gambar. Cadangan Impiana kalau anda tidak boleh buat rak seperti ini anda boleh beli sahaja rak yang sudah siap. Cuma perlu adjust sedikit dengan menambah kiri dan kanan kayu untuk letakkan bakul.
2. Seterusnya, bila dah siap rak tersebut anda boleh lah cat kan mengikut warna yang anda suka. Kemudian sudah kering cat tersebut masukkan bakul yang ada di dalam setiap tingkat rak. Pastikan anda sudah mengukur terlebih dahulu saiz rak dan bakul berpadanan ya!
3. Langkah akhir anda boleh pasang roda di di kaki rak.
Ini memudahkan anda alihkan rak ke mana-mana.
4. Inilah hasilnya! Selamat mencuba
Then .... taraaaaa
[souce : http://www.impiana.my]
[souce : http:/infarrantlycreative.net]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan